CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 18, 2009

suka sayang cinta

walaupun aku masih kelihatan seperti hidup..
mati akalku dah lama mereput..
makin aku fikirkan, makin aku sangsi akan diri sendiri..
apakah ini semua nikmat atau dugaan atau keduanya..
hati luluh walaupun aku sedar dia masih disini..
apakah kau akan masih tersenyum melihat aku yang makin berkedut..
makin berkarat..makin hilang waras..


seperti tangis tak mampu mengubah apa yang aku rasakan setelah kian lama terpendam dalam hulu hati..
meskipun ku tumpahkan darah, apakah semua ini akan berakhir..
hatiku kosong kembali..
patut ku memberikan kau penghargaan kerana mampu membasahi kecil hati aku..


kerdil aku menatap diri dalam cermin..
menyoal apa yang aku telah lakukan untuk layak memiliki segala..
atau mungkin yang pasti itu hanya masih gumpalan tali yang masih belum aku rungkai..
aku keliru.


terima kasih cinta.













ahmadridhwanazmi

Wednesday, November 18, 2009

going big..



a nice steamboat before the show helps a lot..haha









ahmadridhwan

Thursday, November 12, 2009

hanya kau yang tahu

kadang bila aku terlihat diri dalam pantulan cermin..
lain yang aku kenal di siang juga di malam hari..
melihat kemana patut aku melangkah..
akibat lemahnya aku melangkah, terpaksa aku rebah..

terguling sendiri mengadap langit..
kaki memeluk diri sendiri..
cuba kau fahami erti sunyi..
seperti pulang ke kandang sendiri..






ahmadridhwan

Thursday, October 15, 2009

pedih di hulu hati

kerdil aku melihat malam..
yang sepertinya ingin memuntahkan isi awan..
derapan air menyembah bunyi mengimbau silam..
yang aku ini hanyalah secebis ingatan..

merindu pada yang tak pasti..
seperti tenggelam dalam lautan..
terkapai mencari apungan diri..
walaupun yang pasti itu, masih sebuah perlumbaan..

beza ibtila' dan hukuman..
hanya ada pada persepsi..
mahukah kau menerima penderitaan..
atau masih mahu teguh berdiri..

yang halal itu luas...
carilah yang indah dalam bahagia..
walaupun perit mengigit puas..
berdoa agar yang pasti itu akan bersua..









ahmadridhwan

Wednesday, October 14, 2009

masih basah

hati ini mungkin terdetik..
untuk berkata wahai sang gadis..
hatiku luluh melihat ciptaan tuhan..

inginku mengenal hati yang dibasahi cinta itu..
untuk mengatakan yang sesungguhnya..
aku masih berdoa agar jarimu dihias olehku..
takhtamu hampir denganku..


amiiin..


ahmadridhwan